Tuesday 18 August 2015

Tora Datang Lagi

Asslamualaikum. Lama dah tak tulis kat blog ni. Dah bersarang rasanya. Last time yang aku ingat aku tulis masa tahun 2013. At that time we are all busy with industrial training. First experience as trainer gave me sweet & bitter memories ( sweet sbb dapat feel masuk operation camne, bitter sbb nak amik data untuk final year project!!). Ok, back to main topic.. Yeah I'm back. Alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat yang diberi. Officially an UTM's Alumni and paying tax every years just make me proud. Even kerja biase2 jer, dapat bagi mak abah duit tiap2 bulan dah cukup membanggakan aku. Asalkan tak susahkan mak abah. 

Kadang-kadang rasa down bila kawan-kawan lain dapat kerja best, gaji best, jalan tempat2 best etc. Tapi sebenarnya sifat manusia tu tak pernah rase beruntung atas nikmat yang Allah bagi. Sebab bila aku fikir balik, even gaji aku tak se"best" diorang, aku still ada nikmat masa, nikmat keluarga dan kawan-kawan yang aku rasa aku lagi better dari diorang. Contohnya, office aku ikut flexible hour, which is wow! mmg best giler la. Bila  project tak banyak, dan kau takde dateline yang kejar kau, kau boleh spend weekend kau dengan aktiviti yang kau suka. Even annual leave pon management tak skema sangat. So boleh la balik kampung, cuti sampai Isnin kan. Kalau ada case emergency, kau boleh work from home. Tapi bila project ada, kenalah amanah. Settlekan kerja ontime. Yang penting jangan bertangguh dan manage masa wisely. Tapi ada jugak bad side dia jugak company ni. Tapi takpe times, takes your time. Rezeki tu ada kat mana-mana jer. 

"It doesn't matter how slowly you go, as long as you never stop moving!"

Banyak benda lagi nak kongsi kat sini, tapi tunggu time idea datang. kbye,

*Selamat Hari Raya dari Puncak Gunung Ulu Kinjor, 1243m

Saturday 9 February 2013

Nur Qalisha Maisara

Presenting you...(drum sound)..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ini cucu pertama encik mekam & pn saniah.  amboi. aku da jdk mok cik. Alhamdulillah. :)

Friday 9 November 2012

Pesalah vs bersalah??


~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~

~> I’m so confused <~ (=.=)'
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari
 

dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'

~ So, the conclusion is...Jangan mudah terasa hati...
~ Maknanya kita tak redha dengan Allah...
~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...

~
> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Monday 10 September 2012

Surat Cinta


Ke hadapan adinda Times Meskam yang dicintai fillah. (jiwang tak aku? :p)

Assalamualaikum.

Pertama. Aku rindu kau.
Kedua. Bila aku baca surat kau (eh surat ke? Keke), how I wish I can be beside you, dengar dengar dan dengar. Mata ke mata, hati ke hati.
Ketiga. Aku rindu KMM dan aras 2 wing B blok B.
Keempat. Aku rindu kau balik.
Kelima. Pada masa aku tulis benda ni, again, how I wish aku bukan hanya sekadar menulis, tapi aku boleh melontarkan suara. Mata ke mata, hati ke hati.

Times. Bila tengok orang yg sangattt lebih dari kita, mesti kita rasa inferior gila kan? Sampai kadang-kadang terdetik dekat hati, kenapa Allah tak jadikan aku macam dia?
Walhal deep down there, tahu je yg mmg apa yg Allah bagi dkt kita, itulah yg terbaik.
Times, kau ckp, dia jenis yg sng mesra dgn lelaki kan? Dan kau tak. Nak tanya, mesra dgn lelaki tu satu benda yg baik ke? It’s not aku nak downgrade kawan kau, semua org punya peluang utk berubah, yes? Tapi kau kena lihat situasi guna kanta ukhrawi. Bukan duniawi. Baru kau nampak betapa kecikkknya dunia ni. Dan bila kau lihat dunia ni sangatttt sangat kecik, (ada dalam satu hadith, di katakan dunia ini bahkan lebih kecillll dari kepak nyamuk!! Nampak tak betapa tak bernilainya dunia ni?) secara x langsung kau akan rasa berlapang dada bila sesuatu dlm dunia yg kau nak atau org lain keliling kau nak (dlm kes ni, they need you to be mesra) dan  kau x ada sesuatu tu.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSU SEBAGAI TUHANNYA dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.”  
[Al-Jasiyah, 45:23] 

Times, di saat kau tgh sangat-sangat jeles dgn kebolehan dia utk bermesra dgn org-org lain, kau tahu tak betapa ramainyaaaa org yg jeles dgn kau sbb kau pandai?
Kau maybe terlampau mendongak. Sebab tu kau rasa x puas. Mungkin patutnya, kau menunduk, melihat ke bawah. Dan kau akan nampak betapa beruntungnya kau.
Allah itu Maha Adil Times syg.
Kau tahu kenapa Allah letakkan kan korang bersama dlm satu tempoh yg panjang? Sebab Allah nak tarbiyah kau. Nak didik kau. Allah tahu ada lopong dalam diri, ada kelemahan dlm diri kau, yg hanya dapat diisi dan dikuatkan dengan cara kau bersabar dan bersusaha untuk tangani isu kawan kau ni.

“Jika saudara Anda berubah dan bertingkah dari apa dalam dirinya maka janganlah ditinggal karena hal tersebut; karena boleh jadi saudara Anda bengkok (salah) pada suatu saat namun lurus kembali pada saat yang lain” – Abu Darda

Aku pernah alami apa yg kau alami. Nak-nak ukhuwah aku diuji dgn org yg sefikrah. Dengan budak usrah. Sakit. Sangat sakit.
Sampai aku rasa aku tak layak gelar diri aku seorang akhawat kalau aku bersikap mcm tu dkt dia. Dia kasar, aku ni kan cam sedikit lembut dan sensitive en, jadi cam bila ada hal yg diuatarakan tu, yg nada dia mcm kasar, mcm menyindir je bunyi, aku mmg sangat-sangat cpt terasa. Sampaikan aku ckp, mmg dlm setiap masalah dia yg salah. Bukan aku.
Tapi hari tu, aku reflect diri aku balik. Sampai bila? Sampai bila nak macam ni. Bukan di satu sudut dia salah, tapi di satu sudut yg lain, aku pun salah jgk. Sebab tak de inisiatif untuk baiki ukhuwah ni. Macam mana nak baiki? Dgn cara ubah dia ke? Tak! Ubah diri kita sendiri. Ubah cara kita berfikir! Ubah cara kita pandang sesuatu hal tu.
Tunding satu jari pada orang, tunding lagi empat pada diri kita.
Org yg menjaga hubungan dgn Allah, secara tak langsung hubungan dia dgn manusia juga insyaAllah akan terjaga.

“Jauhilah kalian akan buruk sangka, karena buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kalian saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kalian hamba Allah yang saling bersaudara“. (Muttafaq alaih).

Times syg, dlm dunia ni kan. Kita tak boleh nak ikut apa yg kita rasa. Aku rasa marah dgn dia, maka aku nak marah. Aku rasa nak maki dia, maka aku nak maki. Tak. Kita tak boleh ikut rasa. Kita tak de hak pun nak ikut rasa!
Ada seorang akhawat tu tulis kan.
Manusia beriman, takkan pernah meletakkan ‘rasa’ dia dahulu sebelum sesuatu yang diperintahkan Allah.
Kerana hati, perasaan dan jiwa orang beriman, diselaputi dengan acuan Rabbani, sehingga seluruh hati dan perasaaannya itu akan terbentuk dengan celupan, sibghah Allah.
“Itulah sibghah (corakan/celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah.” (Al-Baqarah: 138)

Susah kan? Sangat. Been there done that. Tapi percayalah, bila kita benar-benar berpegang pada Allah, Allah akan mudahkannya untuk kita. Segala susah seakan tidak pernah terjadi. Percayalah times.

Dan memang betul lah, musuh kita yg utama sekali bukan syaitan. Tapi diri kita sendiri yg dah tercelup dengan corak permainan syaitan. Sampaikan, rasa macam nak bentuk diri sendiri untuk betul-betul ikut syariat Islam pun sangatttt payah kan.

Allahualam times. Allah lebih mengetahui apa yg kau lalui. Tak tahu samada benda yg aku share kan ni kau faham ke tak, menepati situasi yg kau alami ke tak. Huhu. Sorryyyy. Cuma satu je la.

Tengok. [3:200]

Moga kuat untuk terus menapak mencari redhaNya. Aku sayang kau. Tapi Allah lagi sayang kau. Aku rinduuu amat dekat kau, tapi Allah lagiiii rindu amat dekat kau. Kalau tak, takkan Dia timpakan ujian buat kau kan? (Kan ada dlm satu hadith yg bermaksud, kalau Allah rindu, Allah akan timpakan ujian, agar hamba yg dirindu tu benar-benar merintih dan mengadu dkt Dia. Dia. Dia dan hanya Dia. )


Salam sayang times. *peluk times kuat-kuat!* *senyum*



Thursday 6 September 2012

old friend


soo sweet.. aku rase aku lalai.. mungkin..Ya Allah, ampunkan dosaku.. syg ko hana. sbb ko teman yg sntiasa ingatkan aku.. bila aku tgk ko, aku tersentak.. aku tune kembali pd Allah.. thank hana.. ure my PID controller.. aku syg ko kerana Allah.. sgt..

"Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada hambaNya maka Allah akan menyegerakan balasannya di dunia, dan apabila Allah menginginkan kejelekan kepada hambaNya maka Allah akan menunda balasan dari dosanya, sampai Allah sempurnakan balasann
ya di hari kiamat." (HR.At Tirmidzi)


::Aku bace komen hana. aku nanges..deras... jom solat 2 rokaat & witir..::



This is how we celebrate Hari Raya yang mulia as a practical student.
Lokasi : Rumah YB Halim, Tmn Scientic, Pasir Gudang
Satu Malaysia sgt uolllss...